Ads

Thursday, June 30, 2005

Glamer Dan Masa Depan

Image hosted by Photobucket.com

Dulu, kalo aku hensem sikit, pakai smart-smart, rambut belah tepi, baju masuk dalam sure kawan-kawan panggil aku artis. Kira kembang gak la, walau perut ni saling tak tumpah macam tayar. Aku mesti jogging kuat. Aku meminati muzik. Aku meminati filem. Aku juga meminati teater. Seni itu indah. Tetapi tak semua yang indah itu manis, sempurna dan boleh di miliki. Zaman sekarang, aku rasakan masyarakat agak keliru maksud sebenar antara seni dan hiburan. Pada pendapat aku, sebagai seorang yang cetek ilmu tentang bidang penuh abstrak ini, seni adalah sesuatu yang universal digunakan sebagai medium ekspresi diri, perasaan, luahan hati dan cara berkomunikasi. Contohnya begini. Labu putus cinta. Dia tak tahu macamana nak luahkan perasaan kecewa dia. Dia juga tidak memiliki ramai kawan untuk berbicara. Maka, untuk meredakan kekecewaanya, dia mengambil sekeping kertas dan menulis sebuah sajak tentang bagaimana remuk hatinya di tinggalkan kekasih. Pada aku, Labu telah melahirkan ekspresi atau luahan dalam bentuk yang dia sendiri faham dan itu lah yang dinamakan seni. Dr. Mahathir meluahkan kekecewaannye terhadap kehaprakkan bangsa melayu dengan menulis sebuah buku berjudul 'Malay Dilemma'. Pada aku, itu juga di nama kan seni.

Hiburan pula adalah cara penyampaian seni oleh seseorang untuk orang lain samada dengan tujuan untuk berhibur, menasihat atau memberi amaran. Contohnya begini. Setelah Labu menulis sajak tentang hancur hatinya sebab putuih cinta, datang la si Labi mengolah sajak itu menjadi sebuah lagu merdu yang sedih bertajuk "Labu Love Story". Dan lagu itu dinyanyikan oleh Sitie Sarah Raisuden dengan merdu giler. Maka, pendapat aku, Labu dan Labi adalah ahli seni, manakala Sitie Sarah Raisuden adalah penghibur.
Trend muzik dan anak muda hari ini aku lihat, berubah secara drastik. Jika dulu, kita ada rancangan Bintang UTRV, bintang RTM untuk mencungkil artis-artis muda dalam bidang hiburan. Tetapi sekarang kita ade bermacam - macam pertandingan hanya untuk mencungkil bakat berhibur untuk budak-budak. Kita ada Malaysian Idola, Mentor, Akedemik Fantasia. Ini ditambah dengan pertandingan - pertandingan kugiran peringkat kenduri kawin, karaoke broadband Felda, pertandingan bintang kecik RTM dan macam - macam lagi.

Pada aku, senario ini tidak banyak mendatangkan kredit yang positif untuk anak - anak muda. Menerapkan fantasi hiburan keterlaluan terhadap anak muda akan memusnahkan masa depan mereka. Hiburan hari ni di selubungi fantasi karut yang sungguh beracun. Wajah artis-artis gebu terpapar di muka depan Majalah URTV membawa implikasi besar terhadap sosial anak muda. Betul kata orang, satu gambar membawa seribu makna. Pada aku pula, satu gambar membawa seribu pengaruh.
Satu persoalan berlegar-legar dalam benar akal aku ketika menaip jernel ni.

"Bole tolong jelaskan fantasi hiburan mengikut kefahaman saudara Roime"

Hiburan adalah ekspresi seni (agaknya la !). Dalam pada kita mengekspresikan seni menggunakan medium hiburan, adakalanya kita perlukan tool, atau subjek-subjek untuk menampakkan hiburan itu agar lebih hidup. Contohnya begini. Sitie Sarah Raisuden di tugaskan untuk menyampaikan lagu Labi yang diolah dari sajak sedih Labu. Dia mesti menyampaikan lagu itu dengan penuh perasaan dan membawa lagu tersebut agar pendengar turut menghayati lagu itu dan merasa sedih. Oleh yang demikian, mana mungkin dia akan memakai pakaian ala wanita kabaret atau hanya mengenakan spender dan coli kecik. Pasti penonton akan bergelak tanda kelakar sangat. Atau Sitie Sarah Raisuden akan di cop artis jalang. Oleh yang demikian, dia mesti memakai pakaian yang agak plain, gaun labuh misalnya atau pakaian seperti puteri Cinderella semasa menemui Raja sebelum tercicir kasut (bukan Puteri Cinderella bodo lakonan Yuseri dan Eirra). Sebagai tambahan, Sitie Sarah pasti akan membawa penari tangkap lentuk, atau prop pentas menggambarkan suasana kelam yang sedih. Dengan demikian, Sitie Sarah Raisuden telah berjaya menggunakan fantasi ketika menyampaikan lagu tersebut, dan penonton yang melihat fantasi Sitie Sarah Raisudden tersebut pasti akan menjiwai lagu tersebut, atau mungkin ada yang menangis.

Sekarang mari kita melihat fantasi yang lebih besar. Setelah Sitie Sarah popular dengan lagu "Labu Love Story", maka wartawan-wartawan majalah hiburan akan berlumba-berlumba untuk memberi publisiti kepada Sitie Sarah. Muka dia pasti akan masuk majalah Mangga, Derian atau URTV. Wajah popular ini tak akan berhenti untuk di paparkan selagi kapitalis hiburan Tanah air melihat yang wajah Sitie Sarah mendatangkan value tinggi untuk majalah mereka. Maka, fantasi baru akan di wujudkan. Pertama adalah gosip. Gosip-gosip akan muncul seiring dengan populariti Sitie Sarah.

"Dengar citer u ada affair dengan Osman Kering ?" - kata wartawan A.
"Ade orang bagitahu I ada kerabat Di Raja Negeri Mat Kilau mahu meminang U. Betul ke ?" - kata wartawan B.
"Betul ke U menjalani pembedahan memancungkan idung ? " - kata wartawan Majalah Derian
"U demam ke semalam ?. Peminat risau" - kata Huzzzzzzy wartawan Majalah UTRB

Fantasi - fantasi ini meluap-luap dalam majalah. Fantasi - fantasi ini juga di baca bulat-bulat oleh anak-anak muda. Fantasi artis barat lagi hebat. Gosip dalam seluar pun di tanya !. Kapitalis hiburan hanya tersenyum lebar sambil artis-artis ini seperti lembu di cucuk hidung. Ianya tidak terhenti di situ. Fantasi berkenaan Sitie Sarah diteruskan lagi. Kali ini Sitie Sarah di gambarkan sebagai artis terpopular melalui anugerah - anugerah. Gambar Sitie Sarah bersuka ria menyambut hari keluarga bersama rakan-rakan artis di paparkan lagi. For sure, kehidupan Sitie Sarah juga berubah setelah popular. Demi menjaga kredibiliti, maka dia mencipta sendiri fantasinya.

"Demi Peminat" - kata Sitie Sarah kepada Abg Rambut Ketak - Ketak.

Kehidupan penuh glamer di samping peminat-peminat yang menyanjungi suaranya di paparkan. Aksinya di pentas dengan pakaian penuh gemerlapan menyerlahkan lagi fantasi. Fantasi terus meracuni anak-anak muda yang masih belajar tentang hidup. Anak - anak muda mudah terangsang dengan pujian dan sanjungan. Mereka sebenanrnye terlalu mentah menilai erti perjuangan dalam hidup. Oleh yang demikian, jika melihat orang yang cantik dan mendapat sanjungan seperti para artis dan model, maka fantasi mudah menjalar dalam minda mereka dan merasakan mereka juga berhak menjadi orang yang sedemikian. Melihat golongan-golongan penuh glamer, dikerumuni manusia, menandatangani autograf, masuk berlakon filim, hidup berparty dan menaiki kereta Kia yang mewah menyemarakkan lagi jiwa fantasi anak - anak muda ini. Fantasi ini diluahkan dengan cara berpakaian, pergaulan, menunjukkan isyarat lucah kononnya mereka adalah member baik Ja Rule, membuli (?). Sedangkan golongan glamer ini juga seperti manusia biase yang cuma bekerja sebagai penyampai ekspresi orang lain (Seperti Sitie Sarah yang menjadi penyampai ekspresi Labu dan Labi), mungkin tidak tahu berbahasa Inggeris seperti Abg Halim Felda Kemasul Pahang dan mendapat gaji bila hujung bulan.

Cerita ini tidak berhenti disini. Para kapitalis tahu yang anak muda adalah aset keuntungan mereka. Mereka tahu anak-anak muda gemar berfantasi. So, kapitalis-kapitalis ini mesti mengeksploitasi fantasi mereka. Caranya mudah. Wujudkan rancangan-rancangan hiburan berbentuk realiti dan pertandingan. Atas nama mahu mencungkil bakat muda penghibur tanah air, maka wujud lah Malaysian Idol, Akademik Fantasia, Bintang RTM, Bintang URTV, Mentol dan macam - macam lagi. Semua program ini cuma mendatangkan keuntungan berganda para kapitalis. AF misalnya hanya menuntungkan Astro, Maxis, Ananda Krishnan dan pelajar-pelajarnya cuma dapat berfantasi sepanjang hayat. Anak - anak muda akhirnya berpuas hati jika berfantasi mengikut jejak Sit Nurhalizah, Sitie Sarah, Ami Search atau M Daud Kilau.

Fantasi hiburan sebenarnya membunuh masa depan anak muda. Anak - anak muda yang menceburi bidang hiburan sebenarnya menggadaikan masa depan dan umur dengan begitu mudah. Seperti api membakar tisu, seperti itu lah fantasi dan hiburan membakar masa depan. Fast And Easy. Mereka rugi sepanjang usia muda. Mungkin ada yang gah seperti Siti Nurhalizah dan Sarah Raisudden tetapi berapa kerat sangat ?. Lihat sahaja artis - artis vateren yang hidup melarat. Aku tak berniat untuk merendah-rendah kan mereka dalam blog aku yang mulia aini, mungkin ini takdir Tuhan, tetapi majoriti mereka kebanyakkan menderita. Cuma 2 3 orang yang di beri gelaran datuk dan Senator tetapi yang lain semuanya tidak bernasip baik.
Bagi aku rancangan realiti tv berbentuk pertandingan hiburan, adalah cara paling mudah menghancurkan kareer dan masa depan anak muda. Aku tak tahu plan siapa semua ini muncul tetapi ianya semacam konspirasi menghancurkan anak muda negara. Anak muda yang terkejar dengan kehidupan mewah secara singkat sebenarnya hanya mengejar mimpi dan fantasi untuk jangka masa yang lama. Paham maksud aku ?. Aku pun pening. Ha ha. Ingat wahai pelajar2 AF, Malaysia Idol, Bintang RTM, Belajar lah dari pengalaman senior - senior anda. Sekian

Wednesday, June 29, 2005

Ini kisah Zulhusni

Aku ade bercerita tentang sahabat nih. Dia ni dulu classmate aku. Alhamdulillah jodoh kami panjang, so kami dapat la duduk satu bilik. Kitorg juga satu group Final Projek bersama Razali. (Mana Razali sekarang ?. Kawin dah ke ?). Bagus orangnya Zulhusni ni. Tapak kaki merah lagi. Ade ciri-ciri seorang suami mithali. Bulu dada bole tahan. ha ha. Aku gurau jek !. So, 2 3 hari lepas dia bagitahu yang dia dah bertunang. Ade la gambar-gambar majlis kenduri yang dia attach kat aku. So, kat sini aku aplodkan gambar majlis tu untuk tatapan memember. "Pweeeewitt" . Semoga selamat ke jinjang pelamin, dan semoga ko jemput aku masa kenduri kawin.

Image hosted by Photobucket.com

Ko masak ape tuh ?. Mana api dia ?. Ke saje nak possing nih ?.


Image hosted by Photobucket.com

Dah mula ke blom nih ?. Air basuh tangan amik dulu !.


Image hosted by Photobucket.com

"Ni la untungnye kalo ade orang nak kawin. Betul tak ?. Bole kita makan free...yeaaa !" - budak baju kuning


Image hosted by Photobucket.com

Pakcik yang pakai baju "UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL" tu macam perli kita je Zul. Ha ha


Image hosted by Photobucket.com

Nyum...nyumm !!

Tuesday, June 28, 2005

Gambar Majlis Kawen vs unexpected REUNION ?

Sebagai tanda yang blog aku nih bole memuatkan gambar memember, aku aplod kan gambar-gambar majlis kawin Leen dan kerenah kawan-kawan yang comel. ha ha

Image hosted by Photobucket.com

Anip : "Alamak, kita datang majlis kawin ke ?. Ko cakap kita nak pegi sarkis tadi."
Ajai : "Sarkis wak lu !"

Image hosted by Photobucket.com

Ajai yang dok tepi sekali. Anip di tengah2. Dan Putera Raja Sungai Merab yang paling buntal sekali. "Sekali ingat candidate rancangan The Manhunt ntv7 tadi. Buang karen jek", kata adik Trainee Hotel Flamingo.

Image hosted by Photobucket.com

Dari kiri : Rudi, Zack, Anas.
Rudi : "Yea...yea...masuk blog"

Image hosted by Photobucket.com

Zack(berbisik dalam hati) : Datang kelas lambat, hantar assignment lambat, pegi exam lambat, pegi kenduri kawin pun lambat ?.

Image hosted by Photobucket.com

Donald Terum ?. Dunald Turumph ?. Doneld Trumph ? Donald Duck ?.

Image hosted by Photobucket.com

Rudi : Habis kodak aku la bodo !

Image hosted by Photobucket.com

Semoga Berbahagia hingga ke akhir hayat !.

ps : untuk menatap gambar yang lebih banyak sila ke blog Haiza
Time kasih

Monday, June 27, 2005

Member ku kawen

Sabtu ari tuh aku kena attend wedding classmate aku mase kat U. Nama dia Leen. Majlis tu di adakan di Flamingo Hotel Ampang jam 8.00 malam. Pukul 11.00 pagi, amik Jai dulu di stesen Komuter Serdang. Ajai terpaksa tunggu aku 1 jam disebabkan aku tidur melebihi had laju. Pukul 10.00 baru bangun. Nampaknay dia sedang mengayat seorang awek.

Ajai : Sial la lambat. Naseb baik ade awek sekolah, layan la jap. Silap besar la dia tanya aku jam pukul berapa. Haha

Perjalanan di teruskan ke rumah sewaan Anas dan Anip. Sesampai di sana, aku dan Jai berpinar2 mencari umah diorang.

Ajai : Rasanya aku ingat lagi ni umah dia. Tingkat 2 ni la. Kat ujung nih. Aku rasa ni umah dia nih (Sambil menunjuk ke arah rumah nombor 2 dari tepi).

Ajai ketuk pintu. Sekali keluar suara nyonya daa !

Tuan rumah : Sapa tuh !.

(Tiada perbualan selepas tu. Kami berdua cabut secepat superman ke tempat lain.)

Aku : Siot, cam perompak jek kita.

Aku lepak-lepak ngan Ajai kat kedai mamak sementara menunggu Anip dan Anas balik umah.

Ajai : PC aku rosak. Layan game sampai rosak. Padahal baru beli. ..bla..bla..
-
-
Aku : EL jumpa aku arituh. Dia bersusah datang opis aku semata-mata ajak aku makan.
Ajai : EL mana nih ?.
Aku : EL kolej negeri dulu.
Ajai : Ooo..EL yang ko tergila-gilakan dulu. Yang ko bagi dia hadiah gambo kambing tu ?.. ha ha

Abis makan kami ketempat Anip dan Anas. Lepak jap kat umah dia.
Dalam kul 3 pegi umah Zack. Tunggu Rudi datang. Sementara menunggu tu, kami menontong Edisi Siasatan di penerusikan oleh Abg Apekejadahnye.

Pukul 6 kami bertolak. Jalan agak jem !. Kenderaan bersimpang siul.

Zack : Himpit..Himpit kanan..masuk simpang tuh.
Aku : Ooo kanan ek ?..ok ok
Zack : Apsal ko masuk kiri. Masuk kanan ler !. Mana tangan kanan ko ?.
Aku : Owh !. Ok Ok. Silap !

Pukul 8.30 kami sampai. Secara kebetulan kami sampai ketika pengantin sedang masuk ke dewan. Cam bodigard pengantin jek. Ha ha. Kami dapat table belakang. Trainee hotel menunang sirap yang telah dibaham habis oleh Anip akibat kehausan. Trainee tu sungguh comel. Harap Rudi ade ambik gambar dia.

Aku : Ko tgk table tuh. Macam Siti Azna Kolej Negeri.
Ajai : Aku dah perasan dia tadi. Sebijik cam muka dia.
Aku : Aku jamin 100% tu dia.

Siti Hazna memandang kami. Dengan georgousnye dia datang kemeja kami. Aku dan Ajai kemalu - maluan seperti bapuk !.

Siti Hazna : Ni Ajai kan..Eiii, lama tak jumpa. Buat ape sekarang..Roy, kembar aku!. Makin hensem ek..bla bla bla..(perbualan sungguh panjang !).

Aku : Rugi ko tak rembat dulu,
Ajai : Tu la pasai. Rugi siot. Ko la rugi tak rembat awal2..
Aku : Ye la, dulu selekeh, sape nak.
Kami : Ha ha

Ramai kenalan yang kami ketemu malam tadi. Kenalan-kenalan UNIMAS, Kolej Negeri. Sungguh best. Cam reunion plak. Haiza sibuk mengambil gambar kengkawan. Mesti ade gosip besar dia nak masukkan dalam blog dia.

Aku : Macam satelit la ko.
Haiza : haha

Acara abis jam 10. Bergambar+berbual kami pulang jam 11.00. Jumpa Hummy (Macho giler tapi meminati AF3.) Azfar, Van dan Etok di NZ. Berbual-bual. Layan bola (German vs Brazil). Pukul 3.00 pagi kami balik. Esok Ahad, bole bangun kol 12.00. haha

Friday, June 24, 2005

Wayang malam jumaat

Petang semalam aku, Din dan errr...Zaki berbincang mengenai program menonton wayang lepas opis hour.

Din :"Initial D dah keluar"
Zaki : "Penuh punya !"
Zaki : "Ko pegi setengah jam sebelum tayanagn. Sure ade kosong"
Aku : "The Final Cut la best !"
Din : "Jap aku tgk kat internet"

Din bukak internet........

Din : "Tengok Annain la"

kami bergelak !

Din : "Unleashed la. Jet Li berlakon"
Din : "Nak tengok Batman, ko dah tengok. Batman best ke ?"
Aku : "Final Cut la. Robbie Willian belakon"
Din : "Kat Mines takde Final Cut"
Aku : "Aisehh !"

Aku dan Din bertolak ke Mines. Zaki serik ke Mines. Dia tak nak jadi Co-Pilot duduk depan sekali. Makan di McD. Awek comel McD xde plak ari nih. Dia shift pagi kot. Di kaunter wayang...

Din : "Initial D penuh la.."
Din : "Batman kol 9. Nak makan lagi. Mana sempat.."
Aku : "Final Cut xde ke ?....."

Ketika mahu membeli tiket wayang....Secara diam-diam, kami meneggelamkan sedikit kepala dalam baju, dengan suara berbisik-bisik kepada abang penjual tiket.....

Din : "Bagi.........tiket.......Pontianak Menjerit...bagi 2 ye !"
Aku : "Malu kita kalo memember lain tahu ni...."
Din : "Malu 7 keturunan siot.."
Kami : "Ha ha.."

PS : Ni last aku tengok citer melayu..Malu 7 keturunan !..

Wednesday, June 22, 2005

Mari buli junior

Image hosted by Photobucket.com
Ini bukan sekolah aku !


Dulu masa aku masuk matrik, minggu pertama orientasi, aku di perlakukan macam sial !. Masa tu aku rasa aku bukan masuk pusat matrikulasi. Aku mungkin baru sahaja masuk pusat serenti atau maktab polis. Bayangkan dengan baju matrikulasi warna putih, seluar hitam, kasut hitam, aku a.k.a kami di paksa bumping atas dataran bertar dengan tangan penumbuk, bukan dengan tapak tangan hanya kerana sorang budak buat 'taik'. Kena maki ?. Jangan cakap la. Hei !. Aku dah berumur 18 tahun ok. Aku dah besar. Aku masuk kolej nih nak belajar ilmu-ilmu fizik, ilmu-ilmu kejuruteraan, bukan ilmu-ilmu tentera. Please la, treat us as a matured guy ok !.
Tak habis-habis berita pasal buli. Dulu kat Sekolah Agama Bandar Penawar, sorang junior kena belasah sampai tenat. Lepas tu, kat sebuah sekolah ugama kat negeri sembilan timbul kes seorang junior mati kena belasah sebab tak bagi pinjam cerek. Tup tup 2 3 minggu lepas, seorang junior kat Pahang tenat kena belasah sampai hampir lumpuh. Mungkin mereka-mereka yang membuli ni bukan belajar agama kat sekolah. Mungkin mereka telah menganut agama Marxis atau Lenin berfahaman evolusi. Atau mungkin mereka beragama batak. Atau mereka ni menganut fahaman Holocoust. Harap ustaz-ustaz dapat check agama sebenar mereka.
Pada aku, buli adalah satu penyakit. Pesakit-pesakit yang suka membuli ini telah terkena kuman ego. Masa aku blaja kaunseling dulu, lecturer aku memberitahu maksud keegoan adalah sifat seseorang yang biasa digunakan untuk melindungi diri, menunjukkan ke 'superiority' an diri terhadap orang lain bergantung pada environment dan kehendak. Ego juga adalah cara pembesaran seseorang insan, belajar dari persekitaran. Lumrah sekolah berasrama, kebanyakkan murid-murid asrama tinggal dalam environment dan suasana yang terkongkong. Terkongkong bukan bermakna duduk bawah tempurung, tetapi secara prinsipnya, mereka terkongkong dengan kehendak peraturan yang ketat, berinteraksi dengan masyarakat seasrama (dormmate, classmate, prep-mate, pakgad, tukang kebun, warden, cikgu-cikgu). Akibat tidak bercampur dengan persekitaran yang dinamik, dengan suasana terhad kawasan sekolah, maka pembesaran anak-anak muda (budak-budak sekolah asrama) terkongkong dalam lingkungan antara mereka, dan mereka meningkat dewasa dengan belajar berkawan dan setiakawan antara mereka sahaja. Mereka tidak keluar dan belajar dengan persekitaran yang luas sosialnya. Mereka tidak keluar ke supermarket. Mereka tidak atau jarang sekali pergi ke stadium menonton bola. Jauh sekali untuk ke pawagam. Sedangkan proses tumbesaran remaja berkait dengan interaksi dinamik persekitan, agar mereka belajar bersosial (maksud aku sosial yang baik). Persekitaran sosial yang dinamik seperti pergaulan perbagai kaum, interaksi jual beli dan tidak terikat dengan peraturan yang ketat dan mengongkong akan melatih remaja membuat keputusan yang kritikal, ego di 'adapt' dengan setara mengikut kehendak sosial, mereka belajar tentang pertimbangan diri dengan matang dan mereka matang dengan persekitaran.
Suasana sekolah berasrama di Malaysia sangat rigid, jumud dan terbatas. Mereka membesar dalam suasana yang tidak seimbang. Egoistik yang di 'developed' menyebabkan mereka stick antara mereka, dan ter'adapt' dalam lingkungan mereka. Apabila datang junior yang berlainan perangai dan ego dari mereka, maka timbul rasa superiority atau survive dalam jiwa bagi mengatasi ketidakseimbangan ego. Ini kerana mereka membesar dan jiwa mereka belajar dalam suasana tidak dinamik, terkongkong dan pertimbangan diri tidak matang dengan persekitaran...Mungkin x semua begitu. Ada juga budak-budak asrama yang dapat belajar suasana rigid asrama dan adapt dengan sempurna dalam diri. Mereka-mereka ini mungkin datang dari latar belakang keluarga yang tinggi nilai sosial, keluarga yang sempurna atau professional. Tetapi tak ramai sebegini. Anak-anak yang tinggal di asrama kebanyakkan datang dari salasilah keluarga yang sederhana. Semasa kecil mereka tak dapat belajar berinteraksi dan bersosial dengan baik. Dan dalam umur semuda 12 tahun, mereka telah dipenjara dalam dunia studi yang penuh undang-undang, terkongkong dan interaksi yang terhad. Budaya terkongkong, rigid, undang-undang anti-sosial yang diamalkan di asrama yang pada awalnya untuk membentuk peribadi akhirnya merosakkan ego yang sedang membesar dan belajar. Ego yang mengarut menyebabkan mereka berasa yang diri ade superiority, hanya stick pada kumpulan-kumpulan mereka dan sukar teradapt dengan egoisma dan budaya orang lain / junior mereka. Mereka akan memandang budaya dan egoistik pelajar yang nampak lurus contohnye sebagai pertentangan untuk mereka. Dengan itu muncul gelaran-gelaran seperti 'poyo', 'katik', 'berlagak'. Gelaran-gelaran ini diberi sedemikian sebagai tindakbalas pertentangan yang wujud antara ego mereka yang terkongkong dengan ego orang lain. Jika secara tiba-tiba wujud ketegangan antara mereka yang berlainan ego ini, contohnye Si 'Poyo' tak membenarkan cereknya di pinjam mamat senior tadi, maka tindakkan fizikal akan di gunakan sebagai luahan keegoan.

"Lihatla, aku paling kuat di dorm ini."
"Aku senior paling ganas !"
"Berani lawan ?. Silakan !."

Pada aku, dunia asrama yang rigid dan terkongkong sepatutnya telah lama di bubarkan di negara ini. Dunia sekolah berasrama sepatutnya dibuka sealiran dengan sosial arus perdana. Kita bukan berada di tahun 70 an yang mana sosial masyarakat masih lagi ortodok. Kita sekarang berada dalam dunia yang memerlukan interaksi. Dunia teknologi digital ari nih memerlukan orang yang boleh bersosial dengan baik. Aku tak kata sekolah harian semuanya bagus. Dengan membuka pintu sekolah berasrama kepada nilai-nilai demokrasi dan interaksi plbagai kaum sekaligus akan membentuk minda dan jatidiri lebih dinamik. Egois budak-budak asrama yang teradapt dengan persekitaran yang seimbang akan mengeluarkan mereka dari dunia hitam dan terkongkong. Dunia asrama yang mengongkong hanya merencatkan tumbesaran ego dan cara berfikir terhadap persekitaran.

Sekian ceramah saye ..

Friday, June 17, 2005

Travis Dan Yap Keng Lai

Thanks Lai for that song. Sesape nak dengar lagu Turn by Travis, datang le ke meja aku. Dari Isnin hingga Ahad. 24 jam. hahaha. Nak milo bayar le 50 sen.
Tadi Lai pegi lab aku. Naseb baik aku sorang jek. Dia malu-malu tengok lab kitorg yang saling tak tumpah macam sarang isap gam. Ha ha ha. So, setelah setengah bulan tunggu, akhirnya penantian berakhir. Itu lah kebaikkan ade member kat unit streamix. Macam-macam bole donlod.
Lagu ni xde best pun. Cuma lagu ni menyimpan memori-memori silam Kolej Tun Ahmad Zaidi, blok 402 E yang penuh adegan-adegan tido gajah, game rally, tandas pecah dan spender. Teringat aku akan Si Ka**m (nama terpaksa di rahsiakan untuk mengelakkan gosip) yang marah giler sebab aku buang spender dia kat kipas siling. Ha ha. Sape suruh main spender depan aku. So, lagu ni memang bermakna sebagai tanda yang aku ade kawan jawa bernama Ka**m. Gurauan kami sungguh abstrak. Penuh seni dan hikmat dalaman. Hanya budak-budak 402E, 102A dan budak bilik Etok ngan Chil je paham kot. Lagu ni best !. At least bagi aku.

ps : Nifazu, dapat vclip dia kasi send kat aku.

Mat Gian dan subsidi

Image hosted by Photobucket.com

"Aku ingatkan baja je ade sabsisi, mat stim pun dapat sabsidi" - XMEN, Sg Rokam

Mat Gian kalau di terjemahkan mengikut Kamus orang Felda Bukit Aping Barat, bermaksud penagih dada...dadah. 2 minggu ni, penagih-penagih nampaknye mendapat tempat dalam akhbar utama Malaysia.

"Lepas ni jadi selebriti la kita Yon. Ingat aku nak pinang Sarah Raisuden la, kasi kelabu mata orang Felda nih sikit." - kata Sopian kepada Buyon sesambil layan stim kat bawah pokok sawit kebun Haji Ali.

Tindakkan memberi subsidi jarum suntikan percuma dan kondom free membayangkan betapa tunggang langgangnye keadaan sekarang di sebabkan statistik pengidap AIDS dan HIV semakin meningkat berganda-ganda setiap tahun.
Memberi sabsidi jarum dan kondom adalah langkah paling kelakar penah aku dengar sejak lahir dalam dunia moden dan materialistik hari ini. Pemberian jarum suntikan percuma dan kondom percuma pada aku sebenarnye menggalakkan lagi AIDS dan HIV. Sebagai muslim aku percaya, penyelesaian masalah dengan menggunakan 'masalah' akan menambahkan lagi masalah. Sepatutnya beberape persoalan harus di ambil kira sebelum dilaksanakan program pemberian sibsidi percuma tersebut.

1. Pasti kah kita penagih tak akan berkongsi jarum bila masing-masing dapat jarum free yang banyak ?.
2. Adakah pemberian kondom akan mengundang rasa takut masyarakat terhadap AIDS atau mesyarakat
berasa seks bebas nampaknye mendapat pembelaan menteri dan tak perlu risau pasal AIDS ?.
3. Apakah matlamat program ini ?. Mengurangkan penagihan dadah atau menggalakkan penagihan dengan
cara selamat ?.
4. Apakah matlamat semua ini ? Mengurangkan industri pelacuran atau menggalakkan pelacuran dengan
cara selamat ?.

Cerita Pasal Penagih

Ok, aku fokuskan pasal penagih dalam hal nih.Memandangkan pembawa utama AIDS dan HIV adalah penagih, maka golongan ini nampaknya masih musah nombor wahid yang mutlak dalam Malaysia selain J.I dan K.M.M (Kalo betul J.I dan K.M.M tu wujud). Nampaknye kita (menteri, NGO, mufti, orang awam) kurang memahami jiwa penagih. Perlu di ingat, kebanyakkan penagih adalah dalam lingkunga umur 20 - 40. Dan kebanyakkan juga dari mereka memiliki pendidikan maksimum SPM. Walaupun ada di kalangan penagih memiliki ijazah UTM atau UNIMAS atau UPM atau UiTM atau IPTA/IPTS lain, tetapi bilangan mereka tidak lah ramai walaupun jumlahnye meningkat setiap tahun. Maka, di sebabkan tahap pendidikan yang amat rendah, ditambah keupayaan menganalisis semakin terbatas akibat ketidakupayaan otak untuk berfikir di sebabkan dadah, maka pertimbangan rasional menjadi semakin kurang. Aku bagi gambaran yang paling-paling-paling mudah. Jika kita bagi seorang mat gian sebanyak 10 batang jarum free, di manakah mereka akan menyimpan jarun tersebut ?. Dalam beg ?. Bawah katil ?. Bila mana mereka bersama kawan-kawan mahu layan stim, bagaimana mereka mahu atau tahu membezakan jarum yang telah digunakan dan jarum yang belum di gunakan ?. Adakah setelah mereka menggunakan jarum, mereka akan membuang dalam tong sampah berhampiran atau melupuskan dalam kotak pelupusan seperti di Hospital Besar KL untuk mengelakkan dari kawan-kawan mereka menggunakannya semula ?. Kita kena faham, bila datang gian, yang pertama sekali hilang adalah pertimbangan diri. Bila tengah gian, mereka xde masa nak mencari jarum yang telah di gunakan atau yang belum di gunakan. Jauh sekali mereka takut akan AIDS bila tengah datang gian. Sedangkan kita sering terdengar mat-mat gian membunuh orang yang di sayangi seperti ibu atau nenek bila tengah gian atau meragut atau merompak atau mencederakan orang sebab nak cari duit beli dadah. Aku faham, bukan kerelaan mereka membunuh ibu, atau nenek atau diri mereka sendiri bila gian datang, tetapi akibat naluri dadah yang kompleks bersarang dalam diri, maka semua ini mereka sanggup lakukan. Sedangkan mak sendiri mereka bunuh tanpa pertimbangan, inikan pula nak menggunakan pertimbangan diri untuk mencari jarum sabsidi yang bersih bila nak isap dadah. AIDS akan tetap berjangkit sebabnye sumber 'pembiakkannye' semakin banyak dan sekaligus meningkatkan penggunaannya. Ingat, penagih bukan robot. Mereka adalah manusia dan bukan robot yang diprogramkan. Jika robot, mudah la kita programkan. Bila dah guna jarum lepas tu mesti buang di tempat yang selamat. Mereka manusia yang selalu guna jalan pintas untuk menyelesaikan masalah. Mereka tak akan ade masa untuk mencari jarum bersih, pakai, dan buang di tempat yang selamat seperti di dalam tong sampah. Bila gian memuncak dalam diri, yang mesti ade dalam tangan adalah bekalan iaitu dadah. Keduanya tools untuk di gunakan iaitu jarum, dapur, lilin atau lain-lain. Dengan demikian jangan harap mereka akan tanya

"Wahai Mat sahabatku, jarum yang aku guna ni ko rasa bersih tak ?. Atau jarum ni ko dah pakai ?. Tolong ambikkan aku jarum sabsidi yang bersih sikit.".

Lihat persekitaran mereka. Kalo mereka ade pertimbangan walau sedikit, mereka takkan akan duduk tepi longkang, makan sisa-sisa makanan. Jika mereka ada pertimbangan mereka takkan meninggalkan anak-anak dan isteri dirumah kelaparan. Atau mereka takkan enjet jarum suntikan kat batang pel*r sendiri. Jauh sekali nak mendirikan solat. Pemberian jarum suntikan free akan mengurangkan kadar ketakutan masyarakat terhadap virus dadah dan memperlihatkan yang dadah bakal di galakkan dalam keadaan yang selamat. Aku rasa dengan lambakkan jarum sabsidi, AIDS akan meningkat dalam jumlah yang amat menakutkan. Persoalan sekarang bukan jarum punca utama mendatangkan AIDS, tetapi bekalan iaitu dadah dan pengedar dadah. Aku saran kan kepada kerajaan, badan-badan NGO, ulama, ketua-ketua ugama dan orang awam agar sama-sama menghapuskan punca masalah terutama dadah denagn perhebatkan buruan keatas pengedar. Pastikan kita kenal pasti siapa kepala yang membawa dadah masuk menembusi sepadan negara. Masa itu kita mungkin tak percaya orang yang menghalalkan dadah masuk dalam negara. Kemudian baru kita bersihkan taik-taik dadah yang mencemarkan kota-kota samada dengan cara menghukum, dakwah atau pengampunan sebagainya.
So, sekarang, kita agak kabur dari segi matlamat untuk mengurangkan AIDS dengan cara pemberian jarum suntikan free. Seperti yang aku utarakan tadi, adakah matlamat kita untuk menghapuskan AIDS, mengurangkan AIDS atau, menjadikan penagihan sebagai sesuatu yang selamat ?.


Tuesday, June 14, 2005

Bila dah biasa

Image hosted by Photobucket.com
Kami bukan Gay.

Malam tadi sesudah balik opis, aku melantak mee sup sambil tengok tivi. Abah aku cukup tak berkenan dulu kalo aku tengok tivi sambil makan. "Kang terabor kang !"
Citer malam tadi pasai segerombolan lelaki macho giler, perut berketak-ketak, xde buncit yang akan di pilih salah seorang sebagai top model. Rancangan ini adalah rancangan realitivi tivi mencari lelaki paling anggun dalam kelasnye. Kira macam cerita American Top Model, tapi citer ni lebih menjurus lelaki. American Top Guy ntah ape namayne kot. Dalam cerita ni, terselit la babak-babak berparty, then guy-guy nih di benarkan menjemput gadis-gadis masuk bilik. Aku tak paham kenapa cerita ni bole lepas tayangan kat NTV7. Mungkin cerita macam-macam ni murah kot. Aku tak pernah nampak setakat nih stesen tv kepunyaan orang Islam yang success sepanjang masa, apabila adanye program-program cam nih. Sumenye bengkrap. Mungkin xde keberkatan. Aku yakin ntv7 akan mengalami nasip yang sama.
Then, ade satu babak nih seorang guy nih telah mengunci bilik air. Dia dikatakan berdua-duaan dalam bilik air bersama seseorang. Sumer org mengagak yang guy nih bersama seorang pompuan dalam bilik air. Lepas 10 - 15 minti, maka lelaki ni kuar bilik air..Bukan dengan perempuan. Bukan dengan kambing. Bukan dengan beruk juga. Tapi dengan lelaki lain. ha ha ha. Ape maksud dia? Nape dia berdua-duaan dengan lelaki ?. Dia main masak-masak dalam bilik air ?...Jawapannya carik la sendirik.
Aku agak teruja dengan siri-siri cerita gampang ni yang bole masuk ke dalam tv untuk tontonan umum. Walaupun status tayangan mungkin 18sx, tapi jika mereka ni orang Islam, pastinya mereka tidak tergamak mengeluarkan program segampang ini untuk tanyangan. Tak rugi pun kalo tak tayang.
Senario ini bagi aku adalah akibat keterbiasaan. Keterbiasaan ini semakin menular akibat tiada tindakan dan pengawasan. Akibat juga kita yang salah memilih pemimpin. Aku bagi sedikit gambaran. Dulu tahun 60 an, zaman abah-abah kita, zaman pop yeh yeh, objek-objek seperti kabaret, kelab malam, ago-go, mini skirt dan free hair adalah satu keterbiasaan. Pada zaman tu, wanita tak memakai tudung adalah satu perkara yang biasa. Even, cikgu-cikgu ngaji pun hanya melekapkan sehelai kain atas kepala dan jambul terkeluar, itu pun satu yang biasa. Masyarakat zaman tu melihat senario berkenaan sebagai satu keterbiasaan. Anak-anak muda zaman tu dengan skuter / vespa, membonceng anak-anak dara juga satu kebiasaan.
Zaman sekarang semakin teruk pula. Keterbiasaan di lihat dari pandangan yang lebih luas. Omputih bijak dalam memberi pengertian dan istilah untuk budaya keterbukaan, demokrasi dan bebas bersuara yang mereka bawa. Gay, homoseks, lesbian, sex, love story, pornography, terrorist adalah istilah yang pada telinga kita cam sedap didengar. Sedangkan pengertian sebenar adalah sesuatu yang paling kotor dan paling dilaknat Tuhan. Penjenamaan yang sebegini akan menyebabkan masyarakat menilai dari perspektif yang sangat sederhana. Bilamana perspektif ini di lihat dalam lingkungan yang sangat kabur dan sederhana, lama kelamaan ianya akan ter 'adapt' dengan pantas dan mudah. Contohnya kita lebih mudah serasi dengan sebutan khinzir berbanding babi betul tak ?. Sebutan babi nampak 'kasar' dan 'jijik' sedangkan babi dan khinzir adalah sama. Kita lebih terbiasa dengan sebutan kemaluan berbanding dengan 'bontot' atau 'xxxxx'. Sedangkan kedua-duanya adalah membawa pengertian yang sama.
Bilamana senario ini di adapt dalam masyarakat dalam satu proses penjenamaan yang kabur dan mudah, maka masyarakat akan menerimanya sebagai sesuatu yang biasa. Di tambah pula, budaya-budaya ini di sadur dengan medium fiksyen dan awang-awangan bersifat fantasi. Contonhnye mudah, bercium antara lelaki dan perempuan yang boleh kawin tapi blom kawin dalam Islam adalah haram yang mutlak !. Omputih tak bodoh. Mereka tak akan masuk ke Tanah Melayu dan menyuruh orang-orang kampung bercium lelaki dan perempuan. Mampus omputih tu di parang oleh orang kampung. Tetapi bila mana budaya ini masuk bersama dengan medium-medium fiksyen kabur seperti seni, filem, lagu-lagu, teater, sastera dan puisi-puisi, hukum bercium itu telah di kaburkan secara halus dan sederhana dan lama kelamaan, masyarakat yang mindanya telah terisi dengan fantasi dan fiksyen seperti orang melayu, akan melihat hukum bercium dan fantasi bercium dalam kekaburan yang nyata. Rata-rata anak-anak muda akan berkata bercium itu haram, tetapi akibat dari fiksyen dunia cinta yang di reka dalam minda, atau "inilah seni dan nilai cinta yang sebenar", maka bercium akan dilihat sebagai satu keterbiasaan dan normal. Ini lah penjajahan bentuk baru. Sekarang lagi teruk. Gay di lihat sebagai satu budaya. Cerita-cerita gay di TV menjadi program paling di cari. Malah, ada kalangan gay-gay ini di jadikan ikon. "Kami pereka fesyen gay", "Kami jurutera gay", "Gay Street", "Quere eye for a straight Guy" bla..bla..Sebab ape benda ni masuk dan kita rasa tak terancam dengan penjajahan budaya sebegini ?. Mudah saja. Sebab kita dah terbiasa. Di tambah pula minda kita semakin kabur akibat budaya ini di sadur dengan medium bersifat fantasi dan fiksyen. Cuba bayang kan ada siri tv yang mana pengacaranya berkata kepada penonton "Saya sarankan rakyat Malaysia yang lelaki berbadan ketak-ketak, menjadi gay dan sertai kami dalam kelab gay". Aku rasa stesen tv tersebut pasti akan lebur esok hari sebab di letupkan oleh bom kereta oleh si polan bin si polan. Tetapi, mereka (orientalis minda) bijak. Mereka tak akan membudayakan 'gay' atau homo seks atau seks bebas atau ganja secara terang-terang. Mereka akan mengaburi budaya-budaya ini dengan medium-medium berbentuk fiksyen dan kabur. Untuk mencegahnya mudah. Iaitu pilih lah barisan pemimpin yang betul-betul komited terhadap akidah rakyat, yang sangat tegas terhadap budaya-budaya kabur omputih dan pilih la pemimpin yang bukan hanya pandai membuat Istilah itu atau ini dan menjajanya melalui khutbah-khutbah Jumaat dan forum-forum tivi dan membiarkan rakyat melopong macam orang bodoh.

Kontrek

Semalam aku dapat satu call dr orang Idea Tower. Rizal yang angkat call tuh. Jeng..jeng..Rupenya Kak Rohana call aku. Katanya ada surat. Risau gak aku kot-kot surat tu adalah surat tunjuk sebab "Kenapa Banyak Link Porno Dan Spyware Yang DiFilter Dari PC Awak ?"..
Harap maklum, bukan aku sengaja nak masuk link porno atau spyware. Tapi kadangkala pop up window serat merta mengarah ke laman-laman web berkenaan bila certain web aku bukak. "Bodo punya web designer ! ".
Dengan hati yang gabra di samping mulut mengunyah singgam (aku tak reti eja gegula getah dalam english), setelah salam di beri, Kak Rohana bagi aku sepujuk surut bersampul logo telekom baru. Cuma lagu Everybody's Changing je takde. Seketul-seketul ayat aku baca........

Sukacita dimaklumkan, saudara telah dilantik sebagai *** **** (lantikan tetap)..bla..bla..

Nak je aku cium Pakcik Mat Line Telepon kat unit HR masa tu tanda happy. Tapi aku batalkan hasrat. Nanti Siti HR fikir lain plak kang !. ha ha.
Dengan hati gembira aku melangkah balik opis. Malam tu pastinya aku diselimuti mimpi indah. Kegembiraan ini datang bersama tanggung jawap. Aku sedar. Mungkin lebih berat lepas ni. "Kena start pikir pasal paper, journal, proposal master. " Hidup mesti terus.!

Thursday, June 09, 2005

Pemimpin, Ibu bapa dan kapitalis

Aku memang melayu. Mungkin ultra melayu. Sebab pagi tadi beria-ia aku bawak track suit dengan t-shirt untuk jogging, tetiba bila petang menjelma, aku ke kedai mamak Bismillah bersama melayu-melayu seperti Najip, Din, Imran dan Fahmy. Aku melayu sebab aku tak menepati janji untuk berjogging pada petang hari. Ha ha ha. Mulai esok aku mesti menjadi seorang yang bukan melayu. Mamak ke. Burma ke. Indon ke. Arab ke. Jepun ke.

Image hosted by Photobucket.com

Teh tarik ini sedap.

Seni memilih pemimpin

Ingat buat lukisan je ke orang panggil seni. Memilih pemimpin juga memerlukan seni. Adakah susah memilih pemimpin ?. Adakah sesusah kita menduduki exam MUET ketika mahu memilih pemimpin ?. Baik lah. Pada pengertian aku, pemimpin paling utama dalam dunia adalah diri sendirik. Jika kita terasa hendak berak, kita akan memberitahu jasad supaya ke tandas segera bagi membuang tahi. Jika kita rasa haus, kita akan memberitahu jasad supaya minum air. Siapa kah 'kita' ?. Aku tak cukup ilmu untuk menerangkan siapa 'kita'. Tetapi di situ terlihat yang 'kita' adalah pemimpin jasad kita sendiri. Jika 'kita' mengarah jasad supaya berak di tepi highway, maka jasad akan menurutinya. Mungkin 'kita' adalah roh yang ada di dalamnya akal, nafsu, iman dan perasaan. Mungkin Dr Fadzillah Kamsah bole menghuraikannya. So, call la dia.
Disini aku x hingin untuk mengulas mengenai pengertian 'kita' secara mutlak dan lengkap. Ape yang aku nak tulis nih adalah mengenai konsep kepimpinan yang ade dalam diri.
Melihat suasana hari ini, kita seolah-olah berada dalam krisis identiti yang besar sebagai seorang Muslim khasnye dan sebagai seorang orang timur amnye. Individualistik dan kapitalis adalah 2 unsur yang sangat rapat. Adakah individualistik itu kapitalis ?. Aku pun tak tahu. Bahkan abang Mahmood kedai mamak Bismillah pun tak tahu. Tetapi individualistik datang bersama dengan kapitalis. Aku tak nampak bagaimana ianya datang tetapi aku perasan akan kesannya. Individualistik menyebabkan masyarakat terpisah. Engkau engkau, aku aku. Tiada lagi semangat tegur menegur. Tiada lagi semangat bertanya khabar (bertanya khabar bukannya menjaga tepi kain orang). Paling terkesan, individualistik tak mampu untuk menghubungkan antara krisis identiti dengan persekitaran. Sikap individualistik pada pendapat aku akan melihat permasalahan diri atau keluarga dalam ruang fikiran yang sangat terkongkong. Contohnya mudah. Seorang bapa melihat anak perempuannya yang baru berusia 18 tahun isap ganja di sebuah pondok bas. Dia sangat sedih dan terharu. Selama ini si bapa berpendapat dirinya sangat tegas dengan anak-anak. Dia menghantar anaknya ke sekolah tiap-tiap hari. Even, dia menghantar anaknya ke sekolah agama tiap-tiap petang. Anaknya di beri duit saku secukupnya. Si bapa sangat tegas terhadap anak perempuannya dalam memilih kawan-kawan. Si bapa bingung. Adakah dia memberi didikan yang salah terhadap anak gadisnya selama ini ?. Si bapa mula menilai dirinya. Di dapati dirinya sangat taat bersembahyang. Dirinya juga taat beragama. Cuma dia kurang mengambil berat tentang persekitaran dan memilih pemimpin masyarakat. Padanya, cukup lah jika negara ada bangunan tinggi, shopping kompleks besar dan rakyat hidup aman. Selama ini, baginya cukup lah jika dia menghantar anaknye kesekolah agama dan mengajarnye menghormati orang tua sebab jika anak gadisnya sudah besar tentu anaknya itu ade kekuatan rohani yang kuat, dan tak mungkin terpengaruh dengan masalah sosial. Namun dia meleset. Anaknya itu yang selama ini di jaga, dididik, tiba-tiba didapati menghisap ganja di pondok bas. Sah !, anaknya rosak disebabkan persekitaran. Nampaknya individualistik telah membelit si bapa. Si bapa pada aku sangat terkongkong dalam menilai erti pemimpin. Benar sibapa telah memimpin dirinya sendiri dengan baik. Bahkan mencapai tahap cemerlang. Si bapa juga berjaya menjadi pemimpin anaknya. Dia berjaya mmberi kasih sayang dan tanggungjawap kepada anaknye. Jika di hadapan Allah kelak di hari kiamat, insyaallah si bapa akan terlepas dari persoalan nafkah untuk anak-anak. Tetapi bapa ini gagal dalam menyediakan pemimpin yang elok untuk masyarakat. Bapa ini gagal memegang tanggungjawap sebagai rakyat di sebuah negara untuk melantik pemimpin (perdana menteri, presiden, ketua, khalifah), yang boleh memimpin persekitaran yang cemerlang untuk anaknya. Jika si bapa ini Islam, dia gagal menjalankan tanggungjawap sebagai rakyat untuk memilih pemimpin yang kuat pegangan akidahnya, tidak korup, tiada skandal, tiada rasuah, tiada lesen AP dan berjaya mewujudkan persekitaran mengikut lunas-lunas Islam. Aku bukan jumud. Aku juga mahu pemimpin yang berfikiran moderate. Bole menganalisa dan membuat keputusan kritikal yang bagus. Boleh melihat kemajuan dari segi tuntutan agama dan rasional diri.

Aku yang bernama Roime, pemuda berasal dari Felda di selatan Malaysia, tak mahu generasi aku akan datang hidup dalam suasana yang aku alami hari ini. Alhamdulillah, sedikit sebanyak aku berjaya mengharungi dugaan yang datang dengan jayanya, tetapi bagaimana dengan generasi aku akan datang ?. Pada pendapat aku, sebagai Muslim kita hendaklah menjadi pemimpin diri yang cemerlang. Samada dari segi ilmu, kesihatan, minda dan komunikasi. Kita juga wajib memilih orang-orang yang cemerlang dari segi ilmu, ketakwaan akidah dan amanahnya untuk memimpin masyarakat dan persekitaran. Aku tak nak vote pemimpin yang akan meluluskan disko-disko yang bersepah-sepah di KL. Aku tak nak melantik pemimpin yang hanya pintar berbicara tentang ekonomi tetapi mengabaikan sosial anak-anak muda. Aku juga tak mahu pemimpin yang sama-sama terlibat dalam korupsi, zina, rasuah dan skandal. Aku taknak memilih pemimpin yang melakukan penoyolan di sebarang bukit secara haram. Bahkan Mak Cik Jah Kedai Runcit juga bagitahu aku yang dia kata Tak Nak walaupun anak dia isap rokok. Aku mahu pemimpin yang bijak, moderate, mempunyai seni negosiasi yang cemerlang dan toleran. Mampu melihat kemajuan dari aspek Islam yang sangat indah. Aku tak mahu menjadi seorang individualistik. Harap-harap aku bukan melayu yang kata Tak Nak tapi dalam hati kata Nak. HuHu.

Tuesday, June 07, 2005

Cina Dan Indon

Image hosted by Photobucket.com

70 % sektor ekonomi sekarang masih di pegang majoriti kaum Cina. Walaupun kuasa beli melayu meningkat, tetapi jika kita compare dengan kaum Cina, graf tahun(x) melawan jumlah pendapatan(y) masih menjurang. Beberapa persoalan timbul dalam benak fikiran aku setelah melahap sepinggan rojak dengan teh o ais limau kat kedai Maulana Serdang bersama Din.

1. Kenapa orang Cina suka berniaga ?

Orang Cina jika mengikut buku sejarah tingkatan 4, datang ke tanah melayu asalnya adalah untuk berdagang. Mereka berdagang bermacam-macam barang, seperti sutera, lada hitam, pinggan mangkuk dan macam-macam lagi. Maka penempatan-penempatan pedagang-pedagang Cina banyak di buka di Melaka dan Penang. Oleh kerana mereka ini datang untuk berdagang, maka mereka terpaksa adapt budaya tempatan supaya diri mereka dapat diterima seperti orang melayu juga dan memudahkan komunikasi dan urusan perdagangan. Dengan demikian, lahirlah masyarakat Cina yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu, memakai kebaya, memakan sireh, menggunakan tangan ketika makan walaupun mereka tak baca Bismillah. Mereka ini di namakan sebagai Baba dan Nyonya. Masyarakat ini hidup dengan aman, berkurun-kurun lamanya sehingga ke hari ini.
Sehingga la datang kaum Omputih menjajah tanah melayu, atas dasar imperialis keagamaan, meluaskan tanah dan mendapatkan tenaga buruh murah, maka di bukanya perusahaan - perusahaan berbentuk kapitalis. Mereka membuka ladang-ladang getah, bijih timah, membangunkan pelabuhan-pelabuhan moden dan mempergiatkan lagi kawasan bandar. Omputih datang bukannya untuk mendemokrasikan Tanah Melayu, bukan juga untuk mengurangkan kadar buta huruf. Tujuan mereka datang adalah untuk mencari sumber murah dan meluaskan empayar selain membuka ladang-ladang.
Omputih tak datang secara bodo-bodo. Mereka membuka kemasukkan buruh-buruh murah dari India dan China seperti kita hari ini membuka negara kepada buruh-buruh murah dari Indon, Burma, Myanmar dan Bangladesh. So, bilamana ruang negara dibuka, akan terlihatlah sumber-sumber rezeki untuk orang-orang dari negara yang tersepit dengan pelbagai masalah dan kebuluran. Orang Cina dan India pada masa itu akan berlumba-lumba datang ke tanah Melayu kerana umpannya banyak disini, seperti ikan-ikan menyerbu ke arah roti yang di campak di kolam. Mereka datang bukan dengan jet atau kapal besar, tetapi terpaksa datang dengan kepayahan, penuh dengan adegan-adegan survive untuk hidup. Yang tak kuat, akan kembali ke negara asal. Mungkin ada yang mati di tengah jalan.
Maka yang sampai adalah yang betul-betul kuat sahaja, gagah dan berjaya dalam survival di sepanjang perjalanan. Dan ianya tidak berhenti setakat itu. Di Tanah Melayu mereka terpaksa survive dengan kehidupan baru. Mereka harus mencari rezeki jika tidak mahu kebuluran di tanah yang asing. Mana mungkin mereka dapat menjadi pegawai sultan sedangkan mereka orang asing. Jauh sekali mereka ini akan bekerja di dalam istana. Oleh yang demikian, kebayakkan mereka membina perniagaan sendiri. Menjual sayur-sayuran. Menjalankan perniagaan kekeluargaan. Menjalankan perniagaan perjudian. Menjadi ketua kumpulan kongsi gelap. Lama kelamaan, rantaian perniagaan mereka kukuh di kalangan mereka sendiri. Modal semakin banyak. Contact semakin ramai. Taikun-taikun semakin kaya. Bandar-bandar baru muncul kerana rantaian perniagaan mereka semakin meluas. Setelah berabad-abad akhirnya kebanyakkan syarikat-syarikat besar dan kepunyaan Omputih mereka beli. Maka lahir lah generasi-generasi dari genetik survival nenek moyang mereka. Genetik pintar berniaga tak mungkin di warisi, tetapi pengalaman anchestor-anchestor mereka untuk survive dalam hidup adalah ilmu paling berharga sehingga hari ini. Mereka banyak belajar dari pengalaman !.
Banding kan kisah di abad ke 21. Surtijo (bukan nama sebenar), datang dari timur Sumatera Timur ke Malaysia pada tahun 1998. Pada masa itu negara bakal menganjurkan Sukan Komenwell. Tapi Surtijo bukan datang untuk melihat Sukan Komenwell. Bahkan negara ape dia nak sokong ?. Indonesia bukan nya negara Komenwell. Surtijo menaiki kapal berenjin sedan bersama-sama dengan 12 awak-awak setelah membayar 12 000 Rupiah satu kepala kepada tekong, di temani 2 orang peramugari kapal laut yang bercita-cita mahu menjadi pekerja kilang di Pasir Gudang. Tiba di perairan Malaysia, tepat jam 3 pagi mereka di arah berenang sejauh 500 meter dari pantai Port Dikson. Yang tak tahu berenang juga di paksa. Sudahlah mereka terpaksa survive sejauh beribu-ribu batu dari Sumatera, kini mereka terpaksa berenang sejauh 500 meter untuk sampai di darat. Awak-awak yang tak pandai berenang tenggelam begitu sahaja, dan akan timbul setelah kembung perut. Anak - anak kecil begitu juga. Maka akan terpisah antara ibu dan anak, adik ngan abang, suami dan isteri. Nasib baik Surtijo kerana dia pandai berenang dan dia tak bawa sekali ibunya yang sakit lelah di kampung. 2 jam di laut, Surtijo sampai di darat.Di darat lain pula ceritanya.

"Wah, tempat apa ini ?"

Surtijo berjalan dari pantai merentasi hutan-hutan, semak samun untuk sampai ke jalan raya terdekat. Perasaan takut tentu sahaja berbaur jika terserempak dengan Pak-Pak Polisi. Surtijo kehausan. Ternampak dia lopak air di jalan raya. Surtijo meminum air di becak tersebut. Selang beberapa minggu (aku nak balik, malas nak citer panjang-panjang), dia sampai di sebuah bandar kecil di Negeri Sembilan. Bahau kot nama tempat tuh. Perkenalan denagn Adi yang bekerja sebagai eksekutif batu - bata Kuarters Bomba Bahau memulakan survive baru Surtijo. Mana mungkin Surtijo bole menjejaki kehidupan Adi yang berjaya itu, sedangakn dia tak mempunya keteper (pasport). Lesen memandu P jauh sekali.

Adi : Lo bilang sama gue, lo pinter bikin sama itu bakso. Lo buka aja kasus bakso di tempet gue kerja.

Maka, bermula la hidup Surtijo sebagai usahawan Bakso di Malaysia. Cerita ini ringkas sahaja, tetapi jika di fikirkan semula, mereka yang sampai ke Malaysia adalah yang kuat berbanding kawan-kawan mereka yang lemas di perairan Malaysia, atau yang di hantar pulang semula. Bayangkan mereka terpaksa survive untuk mencari sesuap nasik. Menjalankan perniagaan, menjual ubat-ubat tradisional, mengambil upah di kampung-kampung. Cuba bayangkan 100 tahun lagi, bilamana mereka telah bergenerasi. Genetik survive pasti akan di turunkan. Yang pasti generasi mereka akan datang tak mungkin dapat mewarisi genetik survive berani mati moyang mereka hari ini, tetapi berdasarkan pengalaman anchestor mereka untuk survive dan rantaian perniagaan mereka yang wujud hari ini, pasti mereka adalah generasi terpilih orang Malaysia dan pembela nasib 30% kuota bisness orang Melayu.

ps : Just Wait And Sea

Thursday, June 02, 2005

Pendidikan, Bisnis dan Anak Muda

2 3 hari lepas, gambar kolej tempat aku belajar masa matrikulasi dulu masuk paper. Gila ah popular. Tapi kolej tempat aku belajar matrikulasi tu masuk paper bukan pasal student cemerlang dapat CGPA 4.0. Bukan juga sebab Nur Amalina sanggup belajar di Kolej tu walaupun dapat 17 A. Bukan juga sebab Mrs Ivy Anthony dah meninggal dan selamat di semadikan. Kolej aku tu, yang letaknya dalam sebuah taman di Seremban masuk paper di sebabkan ianya KOSONG. Rupanye, budak-budak yang sepatutnya buat matrikulasi kat situ semuanya dah di tempatkan di pusat-pusat matrikulasi Kementerian Pendidikan. Aku bukan nak bercerita tentang kolej tempat aku belajar tu. Lagipun xde yang istimewa kecuali 2 3 orang Ah Moi comel gile yang keje kat mini market depan asrama aku. Segala kenangan biarlah tersimpan dalam ingatan, termasuk la kenangan fly masuk dorm perempuan ketika cuti semester dengan memember bilik, rembat kerusi dari bilik prep, kena baling dengan kompang dengan sorang member yang panas baran, basuh taik kucing kat dorm sendiri, membuli Mrs Ivy Anthony dan macam-macam-macam-macam lagi. Ha ha ha. Gila sungguh masa tuh !. Apa yang aku nak cerita adalah betapa bahayanya jika pendidikan dan institusi ilmu di dagangkan. Pada aku, satu-satunya institusi dalam negara yang sepatutnya di kawal 100 persen oleh kerajaan adalah institusi pendidikan. Pendidikan pada aku bukannya industri. Ianya bukan komoditi untuk mengaut keuntungan. Dasar perniagaan berteras pendidikan sepatutnye di hapuskan. Ade sebab mengapa aku pada aku institusi ini sepatutnya 100 peratus di bawah kerajaan. Apabila pendidikan di niagakan, maka wujud kepentingan di dalamnya. Paling utama adalah kepentingan perniagaan. Bilamana kepentingan perniagaan menjadi keutamaan, maka secara tidak langsung matlamat menuntut ilmu jatuh nombor dua. Oleh yang demikian, banyak aspek-aspek penting akan dilihat membazir dan kurang 'money value'.
Nyawa bagi negara adalah anak muda. Hari ini anak muda yang mampu membawa negara kearah yang lebih cemerlang mesti mempuyai kekuatan intelek, ilmiah dan kemahiran yang tinggi disamping bole membuat keputusan kritikal yang bagus. Oleh yang demikian, grand design paling penting bagi mewujudkan ciri-ciri anak muda sebegini adalah pendidikan. Salah satu 'machine'(mungkin machine terpenting) yang menggerakkan pendidikan dalam melahirkan anak muda yang kuat adalah institusi pengajian tinggi. Teras paling kuat yang mesti ade dalam institusi pengajian tinggi pula adalah RnD. Ingat, RnD tidak pernah di khususkan dalam bidang sains sahaja, tetapi ia boleh meliputi bidang sosial, hubungan politik dan antarabangsa, hubungan antara agama, perubatan, kimia, psikologi, IT, komunikasi, sastera, seni dan macam-macam lagi.
Senario memperdagangkan pendidikan bermula pada tahun 1999. Masa tu semua pusat-pusat matrikulasi di satukan di bawah kementerian pendidikan. Banyak kolej-kolej swasta muncul untuk menyahut seruan kerajaan menyediakan pengajian matrikulasi. Ini ditambah dengan pusat-pusat matrikulasi kerajaan yang tak siap sepenuhnya. Ini di tambah pula dengan lepasan SPM/STPM yang meningkat setiap tahun manakala yang pandai-pandai semakin hari semakin ramai. Bila mana situasi ni terjadi maka kapitalis-kapitalis pendidikan berlumba-lumba membina kolej sendiri. Maka, akan wujudlah kolej-kolej yang yang mana bangunannya adalah rumah-rumah kedai, blok-blok kecil bangunan yang di sewa dan tentu sekali tak nampak langsung wajah institusi pendidikan jauh sekali pusat ilmu. Padang kawat ?. Jangan tanya la. Padang bola belum tentu ada. Nak bawak balik pompuan masuk bilik ?. Silakan...
Kolej-kolej swasta jauh sekali di tubuhkan untuk mempergiatkan RnD. Sedangkan nadi pendidikan tinggi bagi aku adalah RnD. Usahasama memang ada dalam kolej swasta dan IPTA luar atau dalam negara. Tetapi ianya tidak menyeluruh dan sekadar pertukaran pelajar akhir tahun atau saling bertukar-tukar lecturer. Mungkin IPTS yang agak gah ada mempergiatkan usahasama RnD tapi bagi aku jumlahnya teramat lah ciput. Lebih teruk, jika kolej-kolej swasta ini mengambil pelajar secara pukul rata. Ade duit bole saja masuk !. Belajar main-main dan tetap dapat diploma lepas 3 tahun. Nak mewujudkan persekitaran pembelajaran ?. Forget it !. Pelaburan untuk sesuatu kajian ilmiah jauh sekali akan diadakan. Kolej-kolej ini juga ditunjangi oleh CEO. Bukannya senat. Maka, semua keputusan bergantung pada CEO. Jika CEO cakap semua pelajar dikehendaki menyewa rumah sendiri sebab duit kolej tak cukup dan asrama terpaksa di jual, maka semua ahli-ahli kolej kena terima. Paling meruncing bila kolej swasta ini ke tandusan duit. Bila duit kurang, jangan harap kebajikan pelajar terjaga. Yuran for sure akan dinaikkan. Lebih teruk, fasiliti terpaksa dikecikkan. Atau, gaji pensyarah terpaksa di tangguh. Dengan demikian, pensyarah pasti akan lari atau mengajar dengan tak ikhlas. Mutu pendidikan sure merudum. Maka, pensyarah-pensyarah muda baru keluar U terpaksa di ambil. Di tambah dengan ketiadaan pengalaman dan kurangnya ilmu yang ada pada lecturer-lecturer muda ini, maka anak murid yang belajar juga tak mungkin mendapat ilmu yang cukup. (Gurlpren aku penah jadi lecturer, so aku tahu la..). Lebih malang jika Kolej-kolej di tutup dan anak-anak murid terpaksa cari kolej lain atau balik kampung menoreh tanpa sebarang diploma sementara menunggu surat PTPTN suruh bayar balik pinjaman.
Dengan itu, aku sebagai ketua pemuda bekas kawasan haram Mat Indon Sg Merab, menyarankan agar kerajaan memperbanyakkan lagi kolej-kolej komuniti di setiap daerah dan negeri. Nyahkan sahaja rayuan-rayuan CEO-CEO kolej swasta yang semakin terdesak, sebab jika mereka berhati perut, sudah tentu mereka tak akan mengambil risiko memperdagangkan institusi keilmuan. Buka kolej-kolej universiti di bawah naungan kerajaan negeri. Perbanyakkan lagi pusat-pusat kemahiran untuk anak-anak muda seperti Harizal. Takkan takde duit kot sedangkan keuntungan Petronas berganda-ganda. Keuntungan Proton juga berganda-ganda. Maka, tak salah melaburkan sedikit laba untuk rakyat terbanyak.

Selamatkan anak muda dari kapitalis !